Showing posts with label ramalan SPM 2009. Show all posts
Showing posts with label ramalan SPM 2009. Show all posts

Monday, November 9, 2009

Gejala Mat Rempit

Punca-punca.

Kegiatan rempit amat membimbangkan pada dewasa ini. Media massa sama ada elektronik mahupun media cetak sentiasa memaparkan tentang kegiatan rempit dalam kalangan remaja. Kegiatan yang semakin menular ini amat membahayakan diri remaja sendiri.Aksi-aksi seperti berdiri atas motosikal, memandu dengan laju boleh mendatangkan kecelakaan jalan raya. "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna." Para remaja harus menghargai nyawa mereka.

Kalau ada asap, tentu ada api. Banyak punca remaja terbabit dengan kegiatan yang tidak bermoral ini. Antara faktor yang paling dominan ialah institusi keluarga yang longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja kurang memberi perhatian kepada anak-anak. Anak-anak yang rasa diabaikan mula terbabit dengan kegiatan yang tidak bermoral dengan tujuan untuk menarik perhatian. Malahan yang lebih mengecewakan ada ibu bapa yang lebih mementingkan pencapaian akademik anak-anak tetapi mengabaikan didikan agama. Kesannya anak-anak yang tidak dibimbing dengan didikan agama, tidak berasa takut untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama. Selain itu, anak-anak rasa tertekan tinggal di rumah dengan kerenah ibu bapa yang membosankan. Ibu bapa sewajarnya menjadi guru dan role model terbaik untuk anak-anak di rumah kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Pengaruh rakan sebaya juga banyak mendorong remaja terlibat dengan tingkah laku yang berbahaya ini. Kadang-kadang rakan yang kita pilih tidak menunjukkan teladan yang positif sebaliknya mendorong untuk melakukan kegiatan yang tidak sihat untuk merempit. Selain itu, apabila menyaksikan rakan-rakan begitu hebat di jalan raya timbul keinginan untuk berlumba dalam kalangan mereka. Akibatnya remeja terjebak dengan kegiatan rempit ini.

Selain itu, kendiri remaja sendiri yang suka mencuba sesuatu yang baru. Sememangnya remaja sentiasa suka bergaya dan berlagak. Apabila ada sesuatu kegiatan yang berbahaya maka semangat mereka membuak-buak untuk mencuba. Mereka suka menunjuk-nunjuk bahawa mereka amat hebat dalam kegiatan yang tidak bermoral ini. sewajarnya pembentukan kendiri remaja perlu dilaksanakan sebaik-baiknya si sekolah terutama ketika di bangku sekolah rendah lagi seperti kata pepatah,'meletur buluh biarlah daripada rebungnya'.

Untuk membendung masalah ini, kerjasama daripada pelbagai pihak amat diperlukan. Pihak sekolah perlu memastikan didikan yang sebenar dicurahkan kepada anak murid. Manakala, ibu bapa pula perlu memberi perhatian kepada nank-anak dengan nilai kasih sayang. Masyarakat jangan bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Intihanya, kerjasama semua pihak pasti dapat membendung permasalahan yang semakin kronik ini dalam kalanga remaja.

Wednesday, November 4, 2009

New Essay

Please read this Essay.

Monday, October 26, 2009

Program Latihan Khidmat Negara

Program Latihan Khidmat Negara dilaksanakan oleh kerajaan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan remaja. Namun malangnya program ini banyak menimbulkan sungutan dalam kalangan masyarakat.
Sarankan langkah-langkah pembaikan untuk meneruskan program ini.

Pendahuluan:
- PLKN dilaksanakan untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja.
- banyak impak positif dan negatif sepanjang program ini dilaksanakan.
kematian beberapa individu menimbulkan perasaan kurang senang dalam masyarakat terutama ibu bapa.

Peribahasa yang sesuai digunakan:
a. bagai duri dalam daging
b. seperti cacing kepanasan.

Isi:
a. Masa yang lebih fleksibel diperlukan
-selepas tamat kursus di universiti baharu dilaksanakan.

b. Mengasingkan peserta mengikut jantina.
- melibatkan jurulatih
- masalah sosial, kes salah laku

PB:
- dada manusia tidak dapat diselam

c. Menggunakan modul yang lebih sesuai
- mudul yang bersifat nilai ketimuran
PB:
-Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

d. Memastikan pemeriksaan kesihatan yang benar-benar telus.
- pemeriksaan yang lebih menyeluruh.
- peserta yang mempunyai masalah kesihatan perlu dikecualikan mengikuti program ini.
PB:
-sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

e.Bilangan peserta yang lebih kecil dalam sesuatu kem
-perhatian yang lebih tertumpu.
PB:
-bagai aur dengan tebing

Penutup:
-PLKN suatu program yang mampu menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta.
- kelemahan perlu diperbaiki.